Machine56 Art and Merchandise will be on malaysia soon.


Salam all, mesti ramai yg tak berapa tahu apa itu machine56 kan?..
kepada yg tahu tuh , tahu2 je lah.. kat sini aku nak tambah beberapa info ttg machine56 nih..

machine56 ini adalah Art yang telah dikaryakan oleh warga indonesia yg bernama Yoga dengan slogan kata Komposition is King.
Yoga (gambar : kedua dari kanan) , nama penuh beliau RajayaYogaswara, beliau sgt dikenali di laman web karya Deviant Art.Sebelum ini beliau mempunyai kumpulan grafik yg digelar Ranger Bastard, dan ahli kumpulan beliau mempunyai 5 org ahli. Mereka ini pakar dalam mereka bentuk2 art yg unik dan kreatif, juga terperinci tentang Art mechanical dan juga vector, saya begitu kagum dgn Art mereka nih sejak 2006 iaitu mereka telah memenangi beberapa pertandingan Corel Draw di laman web Deviant art.



Yoga adalah salah satu anggota kumpulan Ranger Bastard itu telah meneruskan Art2 mereka dgn ikon machine56. Artnya yg begitu rumit dan kreatif yg melambangkan mekanikal2 robot dengan slogan kata belia EFVF : Earth Federation Vector Force. Mmg terbaik lah robot2 yg samar2 Gundam yg direka beliau.sampai meleleh air liur beb. haha . aku pulak mmg minat bab2 robot2 nih sejak dari kecil lagi.



Pada tahun 2009 beliau beliau telah mencapai impiannya selama ini dengan membuka satu kedai merchandise dan karya2 dari ikon machine56 di bandung, Indonesia . Dan telah merima tempahan dari 1 dunia yg meminati karyanya sejak dari dulu lagi. Perniagaannya semakin berkembang hinggalah sekarang. Tapi ramai masih yg x berapa tahu brand Machine56 nih. Baju2 nya yg berkualiti tinggi itu amat berpatutan pula harganya.


Gambar diatas ini adalah satu pakej yg beliau sediakan kepada penggemar2 art beliau.Pakej ini dikeluarkan pada tahun 2009 yg diberi nama "Phase 02" sebelum ini "Phase 01" yg dihabis jual dipasaran.

this package content :
1 T-shirt
1 Hoodie
1 A4 size sticker decals
4 badges
2 mini secret item XD

Dan pakej ini boleh didapati dalam harga $110 -$130 dollar (harga mengikut caj courier antarabangsa).


Salah satu projek yg mengagumkan peminat karya beliau. "Bone Head Project". Daripada Illustrasi beliau menjadikannya Realiti. Memang sgt menarik kreatif! Salutelah brader!


Gambar Bone Head Helmet yg telah dispraykan mengikut Illustrasi beliau yg melambangkan Machine56.

Salah satu karya yg saya minati. tapi karya ini telah diubah beliau kerana sebab ? ahaha.. xpe2.. saya masih ada mastercopy untuk karya yg lama. agak berlainan skit bone headnya. Tapi saya tidak akan paparkannya disini. hehe.. nnti korang save image as plak. haha. biarlah saya aja yg simpan. hehe

Pada tahun 2010 , kawan saya telah berkunjung ke kedai beliau untuk berbincang tentang membawa masuk barang2 beliau ke malaysia pada tahun 2011, dan beliau bersetuju dgn memberi harga yg berpatutan utk dijual balik dimalaysia.


Dan saya dan kawan saya (Emir) akan berangkat ke bandung pada 21feb-23feb ini untuk bertemu Yoga dan membawa stok2 skit utk dijual dimalaysia. so if sape2 yg berminat pada karya2 machine56 nih. dah sampai stok nnti korang contact2 lah kami yekk.. yeaaayyy akhirnya.. dapat juga bekerjasama dengan En.Yoga yg hensem bercermin mata tuh.. kehkehkeh.. Salam..

10 comments:

  1. SoMeThing_micxhicoyukie said...

    wow nice i like'it..
    wish u gud luck in ur next bussines..
    go2x chayo2x ♡♡♡

    Jeff ARTwork said...

    Bone Head tu RM2000 . aq dah try tanye Yoga.

    http://beanrawk.blogspot.com/

    Anonymous said...

    Malaysia bodoh!!! YOGA itu yang pertama dari kiri , kedua dari kiri itu YELLOWDINO!!

Post a Comment